Korang ingat lagi tak kartun Scooby-Doo? Surprise! Untuk penggemar kartun ini, Warner Bros telah melancarkan trailer pertama filem animasi Scoob menerusi laman Youtube hari ini.
Filem tersebut sekaligus mengimbau memori lama dan kisah asal tentang persahabatan antara Shaggy dan Scooby-Doo.
Pelakon Frank Welker diberi tanggungjawab sebagai suara bagi watak Scooby-Doo, manakala Will Forte sebagai Shaggy.
Selain itu, terdapat juga pelakon-pelakon lain termasuk Amanda Seyfried sebagai Daphne, Zac Efron sebagai Fred, Gina Rodriguez sebagai Velma, Mark Wahlberg sebagai Blue Falcon, Kiersey Clemons sebagai Dee Dee, Ken Jeong sebagai Dynomutt, Tracy Morgan sebagai Captain Caveman dan Jason Isaacs sebagai Dick Dastardly.
Post comments (0)