Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas, Mulaika Nordin menjadi individu termuda negara diberi pengiktirafan mempamerkan karya seni lukisannya di Balai Seni Lukis Negara .
Bakatnya hanya disedari apabila emosi terganggu disebabkan hilang tempat bermanja sejak pemergian datuknya 3 tahun lalu.
Menurut gadis pemalu ini, dia tidak pernah menganggap melukis menjadi sesuatu yang serius.
Namun selepas datuknya meninggal dunia, segala-galanya berubah.
Karya Sakura yang menjadi lukisan pertamanya menggambarkan perasaanya terhadap “kerapuhan” hidup seseorang.

“Bunga melambangkan kerapuhan kehidupan manusia atau pandangan peribadi saya semua orang akan berhadapan dengan kehilangan seperti mana saya hilang insan yang disayangi dalam keluarga.
“Selain warna merah, kombinasi hitam merujuk kepada kesedihan dan disulam rona putih menunjukkan keseimbangan perasaan itu. warna biru simbol kepada datuk yang mempunyai minat dalam berkebun dan memiliki kolam sendiri.
Lukisan Mulaika dipamerkan sempena pameran solo pertamanya, A Thousand Days of Change, yang bermula 28 Mac hingga 26 Mei.

Pameran menampilkan 56 karyanya termasuk bersiri yang dihasilkan antara 2016 hingga 2018.




Mulaika berkata,
“Saya tidak menghasilkan karya mengenai topik feminis, tetapi bangga kerana menjadi inspirasi kepada perempuan yang ingin menjadi artis dalam bidang ini.”
Sumber: Berita Harian, National Art Gallery
Post comments (0)