Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kasih Iris Leona Share Pengalaman Kena ‘Ghosting’ Dengan DJ

today11 December 2024

Background

Pempengaruh, Kasih Iris Leona berkongsi pengalaman pertama kali seorang lelaki yang disukainya ‘menghilang’ (ghosted) ketika sedang berkenalan.

Menerusi sebuah video di TikTok, anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman itu menceritakan momen mereka bertemu sebelum lelaki itu menghilang.

“Sebenarnya saya dah mula sukakan lelaki ini. Kali terakhir kami berdua jumpa masa makan malam bersama.

“Lepas makan, dia pergi ‘party’ tapi saya tak dapat sertai sebab perlu pergi ke London pada pagi esok.

“Saya kata pada dia kita jumpa semula selepas saya balik dari London. Kami berpelukan, dan dia pesan untuk mesej bila dah selesai kerja di London,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut, Leona berkata usai pulang dari kerja di London dia menghubungi lelaki tersebut namun tiada sebarang respons.

“Bila saya balik dari London, saya mesej dia tapi dia tak balas. Dia terus hilang.

“Saya sebenarnya keliru sebab saya tak pernah kena ‘ghosted’ sebelum ini.

“Saya tak akan sedih, lelaki ini bukan ‘type’ saya. Dia seorang DJ dan pelajar jurusan Financial Technology (fintech),” katanya.

“Genap sebulan saya kena ‘ghosted’ dengan dia, saya ternampak dia dengan seorang perempuan lain di supermarket,” katanya yang terhibur.

@leonsmeonss

it happens to the best of us 😀

♬ original sound – Leona 🦋 – Leona 🦋

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyangka Leona yang jelita itu juga melalui pengalaman sedemikian.

Ada juga segelintir netizen mengatakan lelaki tersebut rugi tidak menjalinkan hubungan dengan Leona atas keperibadian yang baik itu.

Written by: Aqilah


Previous post