Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Kasihan Menantu Saya” – Gosip Ira Kaza & Syamsul Yusof Bakal Nikah, Ini Respons Yusof Haslam

today16 June 2022

Background

Konflik rumahtangga melibatkan pengarah filem Syamsul Yusof dan pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana masih menjadi perbualan hangat di serata media sosial.

Sebelum in Puteri Sarah mendedahkan Syamsul dipercayai ‘curang’ dengan wanita lain iaitu Ira Kazar yang merupakan anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah ‘Modus Operandi’ Ira Kaza – “Sangat Attention Seeker! Masa Mula Kena Dia Akan…”

Artikel Berkaitan: “Dah Macam Amber Heard Pula Tengok Dia Ni, Kind Of Funny!”- Sebab Kesiankan Bapa, Puteri Sarah Liyana ‘Malas’ Layan Drama Ira Kaza

Terbaharu, tular dakwaan yang mengatakan Syamsul bakal berkahwin lain dalam masa terdekat ini.

Susulan itu, bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam tampil memberi respons mengenai desas-desus itu.

Yusof yang juga seorang penerbit dan pengarah tersohor mengakui terkejut mendengar berita anaknya bakal berkahwin dengan Ira.

Dalam pada itu, Yusof turut berharap agar gosip anaknya bakal berkahwin lain tidak akan terjadi.

“Saya tidak tahu tentang hal ini dan terkejut apabila mendengar cerita, jadi saya malas hendak komen lanjut.

“Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen, tetapi saya harap ia tidak terjadi,” katanya.

Malah, baru-baru ini Puteri Sarah mendedahkan ada individu yang seakan mendakwa mahligai cintanya bersama Syamsul akan musnah tidak lama lagi.

Puteri Sarah bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan mengakui hubungan mereka sebagai suami isteri masih dalam keadaan baik.

Artikel Berkaitan: “Balik Dari Umrah Husband Nak…” – Puteri Sarah Liyana Dapat DM Tanya Soal Cerai, Dakwa Pihak Ketiga Reka Cerita

Mengulas lanjut mengenai gosip Syamsul bakal berkahwin, Yusof berkata dia berasa kasihan dan bimbang sekiranya perkara tersebut akan menganggu perasaan dan emosi cucu-cucunya.

“Saya doakan yang terbaik untuk keluarga saya. Kasihan kepada menantu saya (Puteri Sarah) jika cerita ini diperkatakan. Saya harap semua faham,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: Anak Didakwa Jadi Orang Ketiga Perkahwinan Puteri Sarah & Syamsul Yusof, Ini Respons Kazar Saisi

Artikel Berkaitan: “See You In Court Ira Kaza… Memang Tak Ada Maruah Ke Hadap Suami Orang?” – Puteri Sarah Dedah Rumah Tangga Dengan Syamsul Yusof Diganggu Sejak 2019

Sumber: mStar

Written by: Salma


Previous post