
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mendapatkan gambaran tepat dan akan menyemak fakta berkaitan tiga pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam negara ini yang disenaraikan dalam Terrorist Screening Center atau Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau sudah menghubungi Ketua Polis Negara Razarudin Husain berhubung perkara itu.
“Saya pun baru mengetahui perkara itu dua hari lepas dan sudah menghubungi Ketua Polis Negara untuk dapat gambaran tepat. Apa yang kita tahu ialah FBI membuat permohonan berkaitan perkara itu, jadi kita kena semak dahulu fakta yang tepat.
“Saya tak bersedia beri fakta tangkap muat atau samar-samar,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian pembukaan Pejabat Pasport Shaftbury di sini…