
PUTRAJAYA: Pengoperasian sekolah menengah bagi penggal 3, 2021/2022 melibatkan murid kelas peralihan, Tingkatan 4 hingga 6, prauniversiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) dan kelas peperiksaan antarabangsa yang setara, perlu hadir secara bersemuka tanpa penggiliran sekiranya kadar vaksinasi lengkap mencapai 90% atau lebih.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan semalam mengenai pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM bagi Penggal 3, 2021/2022 berkata pengoperasian institusi pendidikan yang belum mencapai kadar itu, adalah kekal secara penggiliran.
“Senarai institusi yang belum mencapai kadar vaksinasi lengkap 90% akan dikeluarkan pada setiap Rabu.
“Mana-mana institusi yang telah mencapai kadar vaksinasi lengkap 90% akan dikeluarkan daripada senarai tersebut dan boleh mula beroperasi pada…