
PETALING JAYA: Keluarga tujuh murid Orang Asli yang hilang dari sebuah sekolah berasrama di Kelantan, lapan tahun lalu, bersetuju menerima pampasan RM1.41 juta daripada kerajaan hasil persetujuan di luar mahkamah.
Persetujuan itu mengakhiri usaha keluarga-keluarga terbabit dalam mendapat keadilan.
Tujuh murid SK Tohoi itu melarikan diri dari asrama di Gua Musang itu pada Ogos 2015, apabila takut dimarah guru kerana mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran.
Daripada tujuh kanak-kanak itu, hanya Noreen Yaakob, 11, dan Miksudiar Aluj, 12, terselamat selepas hilang selama 47 hari di dalam hutan berhampiran.
Lima yang lain, iaitu adik lelaki Noreen, Haikal; Ika Ayel, 9; Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; dan Sasa Sobrie, 8; menemui ajal di dalam hutan itu, malah sisa mayat Sasa tidak pernah ditemui.
Pada 2018, keluarga kanak-kanak terbabit memfailkan saman terhadap kerajaan dan lapan…