
MACHANG: Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula tatacara operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
Timbalan Menteri Adly Zahari berkata walaupun setiap kemalangan atau kejadian yang berlaku tidak dijangka, persediaan perlu dibuat dari semasa ke semasa bagi berdepan sebarang kemungkinan.
“Kita tahu dalam operasi atau latihan akan berlaku kemalangan tidak berbau, namun pada masa sama dari segi persediaan perlu dilakukan untuk memastikan bekalan makanan dan sebagainya mencukupi untuk menyelamatkan nyawa mereka ketika berada dalam operasi.
“Walaupun anggota tentera telah diberikan latihan terutama berkait dengan ikhtiar hidup, kita tetap akan membuat penilaian dan memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya kepada pemberita…