
PETALING JAYA: Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak yang berminat untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Selepas Sarawak bersedia untuk berkongsi kos penganjuran bersama kerajaan persekutuan dengan syarat acara perasmian temasya sukan dan sebahagian acara diadakan di Sarawak, Pulau Pinang menyatakan hasrat untuk menganjurkan sukan tertentu.
Hannah berkata Majlis Sukan Negara kini sedang menyediakan kertas kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027 kepada Jemaah Menteri sebelum temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris bermula 26 Julai ini.
“Kita telah buat satu rundingan dan Sarawak menyatakan bahawa mereka nak jadi hos bersama sehingga 50% tajaan (namun) kita juga ada negeri lain memaklumkan bahawa mereka nak juga terlibat.
“Pulau Pinang telah…