Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kena Kecam Gemuk & Selekeh, Almy Nadia Dedah Rahsia Wajah Kekal ‘Glowing’ – “Sekurangnya Dia Pernah Kurus & Cantik!”

today1 March 2023

Background

Pernah berhasrat untuk kurus dan mahu melakukan pembedahan bariatrik akibat dilabel gemuk dan selekeh, pelakon Datin Almy Nadia akhirnya tampil mendedahkan, dia sebenarnya pernah terkesan dengan gelaran yang diberikan netizen terhadapnya.

Malah, dia juga menyedari penampilannya yang simple dianggap tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang ‘Datin’.

Bagaimanapun, Almy berkata, sebagai seorang yang mempunyai misi dan kerjaya, dia kini sudah tidak kisah dengan pandangan orang lain terhadap bentuk fizikalnya.

“Kalau diikutkan dengan status, mungkin saya terlalu simple. Tapi saya dah ada misi dan kerjaya saya sendiri. 

“Kerjaya saya maksudnya, saya dah bekerja dari pukul 4.30 pagi sehingga 9 malam atau mungkin sehingga 12 malam (menguruskan anak-anak), itu kerjaya saya.

“Jadi sebab itulah, saya tidak kisah orang nak kata apa sahaja pun, mulut you all, pergi cari kat akhirat, masuk neraka,”katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

 

Menerusi perkongsian di TikTok, Almy menegaskan, pesanan suaminya yang juga pelakon, Datuk Fizz Fairuz sentiasa menjadi peringatan buat dirinya agar sentiasa ‘mengukur baju dibadan sendiri’.

Dan, ini sekaligus menjadi ‘rahsia’ kenapa wajahnya dilihat sentiasa berseri-seri dan kekal cantik.

“Saya sangat simple, saya akan terus jadi diri saya sendiri. Saya tak boleh jadi diri orang lain macam yang anda di luar sana inginkan. ini sekaligus menjadikan saya boleh berpijak di bumi yang nyata.

“Macam suami saya selalu pesan, ‘Kita ukur baju pada badan kita sendiri, jangan ukur baju pada orang lain’. 

“Perasaan masa orang memperkatakan tentang bentuk badan saya ketika saya lepas melahirkan anak yang pertama memang sedih, tetapi selepas tahun-tahun selepas itu,  saya tidak ada perasaan itu. Yang ada hanya happy sebab saya dikurniakan dengan suami yang happy. Suami yang membahagiakan isteri, keluarga dan saya memang cukup gembira sehingga saya lupa orang nak kata apa kat saya,” jelasnya.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat sikap dan cara pemikiran yang positif menjadikan wajah Almy sentiasa ‘glowing’.

Malah, ramai yang bersetuju bentuk badan yang cantik dan langsing tidak menjanjikan kebahagiaan.

Terdahulu, Fizz pernah melabel isterinya itu sebagai wanita dan ibu yang cukup sempurna pada pandangan matanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

 

 

Sumber: Keluarga

Written by: Salma