Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kena Scam Dengan Bekas Ais Krim, Warganet Terhibur Lihat Gelagat Zara Zya & Ibu

today4 January 2023

Background

Pelakon terkenal, Zara Zya berkongsi momen kelakar bersama ibu tercintanya ketika berada di rumah.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh Zara di laman TikTok, dia begitu teruja membawa sebekas ais krim untuk dinikmati bersama ibunya.

Namun, rupa-rupanya bekas tersebut bukanlah dipenuhi dengan manisan seperti yang difikirkan oleh Zara kerana ia diisi dengan ikan mentah.

“Kenapa lah ye,” tulis Zara ringkas.

Sementara itu, reaksi ibunya yang tersenyum disamping Zara setelah melihat anaknya itu kecewa dengan harapan palsu membuatkan netizen semakin terhibur.

Hasil tinjauan di ruangan komen, wargamaya berkongsi pengalaman yang sama, memberitahu ibu mereka juga lebih gemar menggunakan bekas ais krim untuk dijadikan tempat simpanan ikan.

“Bukan awak seorang je yang kena.

“Awak tak keseorangan, saya pun selalu kena scam dengan mak cam ni.

“Anak saya baru komplen cuti sekolah baru ni. Dia baru semangat tengok bekas ais krim tapi rupanya ikan dalam tu,” komen peminat.

 

Written by: Salma