Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang membasuh pinggan di dapur rumah kerana disuruh ibunya.
Dia dilihat membasuh pinggan dengan teliti pada awalnya. Namun setelah diusik oleh ibunya melalui pintu belakang, dia dilihat membasuh pinggan dengan laju kerana takut.
Memang tidak dinafikan oleh ibunya, dia seorang yang penakut. Apabila ibunya membuka pintu dan gertaknya, dia menjerit dan melompat kecil.
“Jangan takutkan orang yang sedia takut”, kata ibunya.