
PETALING JAYA: Perjalanan Alana Dunsmore, seorang pencipta “content” yang lebih dikenali sebagai alanaspinktravels, dari Scotland ke Malaysia memang luar biasa.
Dengan lebih 100,000 pengikut, kandungan Instagram dan YouTube wanita berusia 24 tahun ini sarat dengan kisah pengembaraan, makanan-makanan tempatan, dan kefasihannya berbahasa Melayu.
Namun apa yang paling menarik perhatian ialah langkah beliau memeluk Islam dan perkahwinannya dengan seorang pelakon tempatan, Abbas Mahmood.
Ketika Dunsmore bersiap-siap untuk meraikan Aidilfitri pertamanya sebagai orang Islam, beliau mengimbau kenangan sebagai seorang siswa bidang perniagaan antarabangsa di Scotland, dan keputusannya untuk melanjutkan pengajian ke Malaysia.
“Saya tutup mata, leret senarai negara-negara yang ditawarkan oleh universiti saya, dan jari saya berhenti di Malaysia,” katanya kepada FMT Lifestyle baru-baru ini. “Ketika itu saya fikir…