Anda mesti perasan wajah yang sentiasa dipaparkan di kaca televisyen ketika berita disampaikan dan wajah ini juga yang akan menterjemahkan berita berkenaan menerusi bahasa isyarat.
Ya, nama penuh beliau ialah Tan Lee Bee. Seorang wanita yang sering diketawakan bermain TikTok disebelah Perdana Menteri tempoh hari kan? Namun, beliau sebenarnya adalah seorang jurubahasa isyarat yang telah berkhidmat selama lebih 25 tahun di RTM. Lee Bee memulakan kerjayanya menerusi program Selamat Pagi Malaysia (SPM) pada 1986.
Selain Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang muncul untuk menyampaikan perutusan khas di kaca televisyen, wajah ini juga sering ‘menemani’ beliau di bahagian bawah sudut kanan skrin sebagai jurubahasa isyarat.
Itulah Tan Lee Bee yang turut kerap muncul dalam siaran berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi segmen Nasional 8.
Walaupun hanya muncul di sudut kanan televisyen, peranannya amat penting dalam memastikan golongan orang kurang upaya (OKU) seperti pekak dan bisu memahami mesej yang disampaikan serta perkembangan semasa lain.
TERIMA KASIH atas khidmat anda, PUAN TAN LEE BEE.
Post comments (0)