Siapa yang tak jatuh hati bila tengok gelagat comel kanak-kanak kan?
Baru-baru ini, menerusi laman Instagram anak kepada pelakon terkenal, Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana ada berkongsi satu video mencuit hati yang dirakam oleh Che Ta sendiri.
Menariknya, video itu memaparkan gelagat comel Aaisyah yang bertanya secara berjenaka kepada Che Ta kenapa dia selalu dimarahi ibunya itu.
https://www.instagram.com/p/Buo_7HCBJGN/
“Muka bila kena maqah dgn mummy,” tulisnya di Instagram.
Video itu telah mendapat perhatian netizen yang turut ‘melting’ dengan aksi manja Aisyah bersama mummy nya itu!
Sementara itu, Che Ta juga sempat membalas pertanyaan puteri kesayangannya itu dengan memberitahu tidak akan memarahi tanpa sebab kecuali jika Aaisyah melakukan kesalahan.
Haih, bukan sahaja comel malah bijak berkata-kata!
Dalam pada itu, Che Ta juga turut menjelaskan marah itu tandanya sayang.
https://www.instagram.com/p/BulspuiB_WG/
Semoga Aaisyah membesar dengan baik dan taat kepada kedua ibu bapa ya.