Sebelum ini, penyanyi Andi Bernadee atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, dilihat bergelut untuk menempatkan diri dalam industri hiburan tanah air.

Namun, selepas berjaya menonjolkan kelainan dalam lagu Satu Peluang penyanyi kelahiran Sabah ini semakin dikenali ramai.
Menariknya, di dalam lirik lagu Satu peluang terkandung bahasa Sepanyol, iaitu ‘dame solo una’ yang membawa maksud berikan aku satu.

Lantas, lagu itu mendapat sambutan luar biasa dari pendengar terutamanya dalam golongan muda kerana begitu catchy dan unik.
Muncul pula dengan single kedua, Donde Andi sekali lagi menggunakan bahasa Sepanyol dan muzik Latin di dalam lagunya.

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah itu maksud Donde? Ini jawapan dari Andi.
https://www.facebook.com/hotfm976/videos/415439989221808/?t=36
Lagu Donde merupakan hasil kerjasama Andi bersama rapper dan penerbit tersohor, Alif yang juga bertindak sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman lagu itu.
Sejak dilancarkan pada 10 April lalu, Donde telah mencecah lebih 2 juta tontonan di laman YouTube dan trending nombor 3!
Wow, dahsyat betul penangan lagu terbaru Andi ni. Salute lah!
Post comments (0)