Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Kenapa Tak Popular? Padahal Ada Je Lagu Baru,” Jawapan Najwa Latif Buat Netizen Terkedu!

today6 July 2020

Background

Masih ingatkah lagi anda dengan lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif yang pernah popular suatu ketika dahulu?

Namun, kerjayanya lama-kelamaan dilihat semakin perlahan mungkin kerana Najwa ketika itu sedang memberikan fokus 100% terhadap pelajarannya.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini nama gadis tersebut kembali melonjak naik susulan beberapa lagu baharu yang dicipta dan dipertontonkan kepada orang ramai.

Terkini, seorang pengguna laman sosial Twitter telah memuat naik sebuah video dengan satu persoalan:

“Kenapa Najwa Latif sekarang ni dah tak popular macam dulu? Padahal dia ade je keluarkan lagu baru..,” tulisnya

Tidak hanya berdiam diri, Najwa tampil menjawab dengan tenang..

“Sebab apa ada ni dah cukup alhamdulillah. Kalau dapat lebih pun alhamdulillah,” jawabnya

Dalam perkembangan lain, Najwa tampil dengan single terbaharu judul Tidak Kisah Pun hasil usaha bersamanya adik-beradik dan penyanyi rap, Akwa Arifin.

Ia dikatakan berkisar mengenai menerima seseorang itu seadanya. Kali terakhir Najwa mengeluarkan single adalah sekitar Ogos tahun lalu iaitu Kau Lupa Itu Aku.

Selain itu, Najwa turut sibuk dengan kerjayanya sebagai pensyarah subjek Bahasa Inggeris di UNITAR International University.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *