Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kepimpinan bertanggungjawab mampu selesaikan isu geran Sabah, Ku Li beritahu Jo-Anna Rampas

today6 April 2026

Background


Tengku Razaleigh
Dalam temu bual bersama Tengku Razaleigh Hamzah, hos Jo-Anna Rampas berkata pentadbiran Madani telah mencapai kemajuan ketara dalam isu berkaitan MA63, namun rakyat Sabah memberi perhatian khusus terhadap isu geran khas.
PETALING JAYA:

Tengku Razaleigh Hamzah menyeru kepimpinan bertanggungjawab tampil menyelesaikan isu tuntutan 40% hasil Sabah yang telah berlarutan sekian lama sambil menegaskan perkara itu tidak sepatutnya menjadi beban kepada generasi akan datang.

Menurut beliau, Putrajaya dan Sabah perlu berusaha menamatkan rundingan berpandukan Perlembagaan Persekutuan, yang menjadi asas kepada hubungan dan tanggungjawab kedua-dua pihak.

Dalam temu bual eksklusif bersama FMT, Tengku Razaleigh memberitahu hos Jo-Anna Rampas bahawa hak Sabah untuk menerima 40% daripada hasil Persekutuan yang dijana di negeri itu tidak pernah dipersoalkan.

Namun kaedah pengiraan dipersetujui bersama oleh Pusat dan Sabah belum dimuktamadkan ialah kaedah pengiraan yang dipersetujui bersama oleh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post