

Bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli berseloroh mengenai keadaan yang semakin ‘panas’ dalam parti itu, mendakwa beliau tidak tahu-menahu tentang perkara yang berlaku kerana berada di rumah menonton siri misteri jenayah.
Menerusi hantaran di platform media sosial X petang tadi, Rafizi berkata, pada mulanya beliau menyangka bahang yang dirasai adalah akibat cuaca panas, namun rupa-rupanya politik PKR yang semakin hangat pada semua peringkat, sama ada di konvensyen mahupun mesyuarat tahunan.
Beliau berkata, menonton siri misteri pembunuhan mengajarnya cara mengenal pasti penjahat sebenar, yang biasanya tampil sebagai ‘orang baik’ pada peringkat awal.
Beliau tidak merujuk kepada mana-mana insiden secara khusus, namun awal hari ini, Rafizi terselamat daripada cubaan…