Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata keputusan berkenaan menamatkan perancangan untuk mengganggu kestabilan dalam Umno.

PETALING JAYA: Pengesahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) bahawa tiada kesalahan dilakukan Umno berhubung usul tiada pertandingan dua jawatan tertinggi memberi tamparan kepada kumpulan yang ingin menjatuhkan presiden dan timbalan presiden.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata keputusan berkenaan telah menamatkan perancangan untuk mengganggu kestabilan dalam Umno.
“Kami yakin ada dalang yang berada di sebalik laporan yang dibuat kepada RoS (JPPM).
“Dalang itu kecewa kerana usahanya untuk menjatuhkan presiden (Ahmad Zahid Hamidi) timbalan presiden (Mohamad Hasan) parti gagal,” katanya kepada FMT.
Beliau mendakwa kem terbabit juga tidak berpuas hati dengan keputusan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan…