
PETALING JAYA: Kelantan harus mencontohi Negeri Sembilan, yang meminda enakmen syariahnya selepas kalah dalam kes terhadap Juzaili Khamis di Mahkamah Rayuan pada 2015, kata G25.
Kumpulan bekas penjawat awam kanan itu berkata, dalam kes itu, mahkamah memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan kerana ia melanggar peruntukan kebebasan asasi.
“Kerajaan Negeri Sembilan mematuhi penghakiman Mahkamah Rayuan itu. Pada 2019, kerajaan negeri mengambil inisiatif meminda Seksyen 66 sewajarnya agar peruntukan itu selaras dengan Perlembagaan.
“Mahkamah Rayuan juga memutuskan, walaupun Perkara 3(1) mengisytiharkan bahawa Islam ialah agama persekutuan, namun amalan Islam di negara ini ditadbir oleh peruntukan-peruntukan Perlembagaan.
“Perkara 3(4) mengisytiharkan bahawa tiada apa-apa jua dalam perkara ini mengurangkan mana-mana…