KUALA LUMPUR: Kerajaan membayar sejumlah RM936.12 juta tuntutan skim perlindungan takaful percuma MySalam bagi tempoh 2019 hingga Disember 2023.
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata, tuntutan itu melibatkan 1.27 juta penerima manfaat merangkumi individu B40 serta pasangan berusia 18 hingga 65 tahun yang juga penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Katanya, bayaran itu melibatkan tuntutan manfaat hospitalisasi, penyakit kritikal, pesakit bawah siasatan, Covid-19 dan tuntutan kos peranti perubatan.
Pembayaran tuntutan paling tinggi sebanyak RM382 juta dibuat pada 2022, yang memberi manfaat kepada 650,000 penerima, diikuti pada 2021 dengan tuntutan RM246.72 juta melibatkan 365,000 penerima, katanya pada sidang Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan…