Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pengguna laman sosial di Twitter Shearer Alan, berkongsi mengenai kucingnya yang dihantar ke pusat penjagaan haiwan atau pun hotel haiwan, hilang di bawah penjagaan pusat terbabit di Setia Alam.
https://twitter.com/shearer_alan_/status/1290110145930752000
Menerusi ciapan yang di muat naik, kucing kesayangan telah hilang selama seminggu dan pemilik pusat penjagaan haiwan itu tidak mengambil apa-apa tindakan. Apabila ditanya mengenai kucingnya yang hilang, ini yang dijawab oleh mereka
“sorry kucing hilang”
Turut menjelaskan lebih lanjut, Shearer Alan merasakan tindakan pemilik pusat penjagaan haiwan itu sangat tidak bertanggungjawab.
Tidak wajar dan tidak patut sekali diperlakukan seperti itu. Bayangkan haiwan kesayangan korang hilang tanpa sebarang pengetahuan di mana keberadaan mereka, pasti resah dan sedih kan?
Mengulas lanjut, Shearer Alan berkata, pemilik pusat penjagaan haiwan itu ingin memberikan kucing baharu sebagai ganti kepada kucingnya yang hilang. Tetapi Shearer Alan tidak boleh menerima dan mengatakan kucingnya tidak sama dan tidak boleh diganti.
Tetapi apa yang ajaibnya, selepas ciapan itu tular di laman sosial, beberapa pengguna Twitter yang berada di kawasan berkenaan turut ‘DM’ Shearer Alan mengatakan mereka menjumpai kucingnya!
https://twitter.com/shearer_alan_/status/1290312343880994819
Ada beberapa netizen yang sangat prihatin dapat menemukan semula Shearer Alan dengan kucing kesayangannya! Alhamdulillah….
‘Humanity restored’! Tahniah untuk netizen-netizen yang sangat membantu dan prihatin. Lepas ni kalau nak hantar kucing kesayangan korang dekat mana-mana pusat penjagaan haiwan, make sure siasat dan baca review dulu tau!
Oh ya, tak lupa juga kalau korang nampak orang yang susah dan perlukan bantuan, tolong lah kalau perlu. Jangan berasa segan atau pun rasa menyusahkan diri, Insyallah usaha dan niat baik korang tu akan terbalas dengan sesuatu yang lebih baik di kemudian hari!
Post comments (0)