Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kereta Mewah Dini Schatzmann Calar Teruk Akibat Kes Langgar Lari

today12 May 2023

Background

Pelakon Dini Schatzmann kecewa apabila kereta mewah miliknya terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kereta kesayangannya itu mengalami kesan calar yang teruk.

Menurut Dini, 29, bukan mudah untuk menjaga kereta kesayangannya itu dek kerana tidak mahu terlibat dengan kemalangan atau terkena kesan calar, namun akibat tindakan pemandu tidak bertanggungjawab, kereta miliknya itu mengalami beberapa kesan kemalangan malah bahagian hadapan keretanya juga mempunyai kesan calar teruk akibat disagat kereta lain.

Perkara itu dikongsi Dini menerusi hantaran di Instagramnya pada Khamis.

“Simpan sini sebagai memori. Punyalah susah nak jaga kereta sampai tak n ak bagi ada satu pun calar.

“Senang-senang je dia langgar lari kereta saya. Nak nangis tapi benda dah jadi.

“Kepada sesiapa di luar sana yang terlanggar kereta orang, tolonglah jadi orang yang bertanggungjawab dan try untuk selesaikan masalah tu baik-baik,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dini Schatzmann (@dinischatzmann)

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati terhadap insiden yang menimpa aktor itu.

“Baru cakap semalam lama abang dini tak post, sekali bila post begini pula jadinya. Kita yang stres tengok calar calar tu ek.

“My car kena langgar twice yang sakit tu. Kereta kena langgar masa parking kat kotak parking khas, bukan suka-suka parking.. Itu pun kena langgar, redha je anggap bukan rezeki.

“Auto galau sebulan,Sakit hati kalau macam ni,” komen netizen.

Written by: Salma