Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kerja Keras Berbaloi, Syamel & Ernie Zakri Bersyukur

today12 September 2022

Background

Mengulas mengenai kemenangan tersebut, Syamel dan Ernie gembira dengan pencapaian terbabit dan menyifatkan usaha keras mereka selama ini berbaloi.

”Alhamdulillah, malam ini dapat Lagu Terbaik AIM, memang tak disangka-sangka lah, sejujurnya.

β€œRezeki berpihak pada Syamel dan Ernie, kami gembira sangat.

”Lagu ini memberikan satu kenangan yang manis bila kami menyanyi ketika hari perkahwinan tetapi sekarang ia menjadi satu tahap kegembiraan yang berbeza bila mengingatinya.” ujar Ernie.

Dengan kemenangan tersebut, lagu ciptaan Ernie, Syamel, Faizal Tahir dan Mike Chan itu membawa pulang Dana Kandungan Digital (DKD) berjumlah RM50,000.

Disoal mengenai anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) yang dimenangi Ernie menerusi lagu Sinar Mata Hati, Syamel mengakui Ernie sememangnya menginginkan anugerah tersebut.

β€œAlhamdulillah harini terbukti dengan hasil kerja keras Ernie memenangi vokal wanita terbaikβ€œ

“AIM ni ada satu nilai sentimental sikit sebab Syamel pernah terbabit pada AIM 2016.

β€œErnie ada cakap yang dia teringin nak sertai AIM. Kita punya kerja keras tu betul-betul nak AIM yang iktiraf sendiri,” ujar Syamel.

Menganggap kemenangan tersebut sebagai satu titik permulaan yang mencabar, Ernie yang pertama kali tercalon dan sekali gus memenangi anugerah pada AIM kalini memanjatkan rasa syukur.

“Sejak umur 15 tahun saya dah berhasrat untuk mengenggam trofi AIM. Ia merupakan anugerah yang memang saya perlu ada dalam hidup dan karier saya. Alhamdulillah, Allah makbulkan harini, saya rasa sangat bersyukur .

“Ini menjadi satu tanggungjawab untuk memberi yang terbaik apabila melakukan persembahan selepas ini.

“Bukan satu perkara yang harus saya banggakan sahaja, malah sebagai satu tanggungjawab buat saya.Β 

“Saya gembira, kerja saya diiktiraf sebegini dan banyak lagi benda saya nak capai dan buat yang terbaik pada masa akan datang,” jelas Ernie.

Syamel dan Ernie juga merangkul anugerah bagi kategori Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Goodbye Hello yang digubah Ernie dan Syamel bersama Faizal Tahir dan Mike Chan.

Malam kemuncak AIM23 yang bertemakan Glam & Sophisticated dikendalikan Sherry Alhadad, Awal Ashaari serta Azad Jazmin sebagai hos.

Written by: Aqilah


Previous post