Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Kes Buaya Muncul Di Tasik Shah Alam, MBSA & PERHILITAN Kerjasama Pasang 2 Perangkap

today4 September 2024

Background


Menurut laporan Berita Harian, pengarah PERHILITAN Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, jarak bagi setiap perangkap adalah kira-kira lima meter dari tebing tasik.

Difahamkan, kedudukan perangkap itu diputuskan selepas pihaknya mengenal pasti laluan aktif buaya berkenaan hasil pemantauan dilakukan selama 24 jam.

“Perangkap ini kita pasang dengan umpan segar iaitu ayam. Untuk operasi ini kita guna dua perangkap yang mana satu dipinjam dari PERHILITAN Negeri Sembilan.

“Hasil pemerhatian kita setakat ini mendapati hanya ada seekor buaya di tasik ini dipercayai buaya tembaga dengan anggaran sepanjang 1.5 meter.

“Berdasarkan apa yang kita lihat perilaku buaya ini adalah pergerakan tidak berapa jauh daripada tebing antara tiga hingga lima meter,” katanya.

Menurutnya, operasi tangkap buaya boleh mengambil masa sehingga sebulan berdasarkan pengalaman jabatan itu sebelum ini dengan kali terakhir operasi dilakukan di Serendah.

Namun begitu, ia bergantung kepada perilaku…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post