
PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan polis menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat kes seorang kanak-kanak terkena renjatan elektrik ketika memasuki bilik jana kuasa TNB di Jalan Kampung Bukit, dekat Taman Sri Bayu, Pulau Pinang.
TNB berkata, penubuhan pasukan siasatan dalaman itu selaras dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan.
“TNB amat bersimpati dengan nasib kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu yang terkena percikan arka di pencawang elektrik Sri Bayu Bayan Lepas pada Khamis.
“Kami akan menyalurkan segala bantuan, termasuk menanggung kos rawatan dan perubatan diperlukan agar mangsa mendapat rawatan terbaik,” katanya, lapor Sinar Harian.
Menurutnya, wakil pengurusan TNB sudah menyantuni ibu bapa mangsa di Hospital Besar Pulau Pinang hari ini dan menyampaikan bantuan pendahuluan segera kepada keluarga…