
PETALING JAYA: Polis menahan dua pengawal keselamatan bagi membantu siasatan kes beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilaporkan hilang selepas proses kutipan dilakukan sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point, semalam.
Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail, berkata lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 52 dan 38 tahun itu ditahan di Ampang pada 10 malam, pada hari kejadian.
Beliau berkata, kedua-dua mereka dipercayai menaiki van keselamatan yang membawa beg berisi wang tunai berjumlah RM1,071,000 ketika hari kejadian.
“Ujian air kencing ke atas kedua-dua mereka adalah negatif dan pengawal keselamatan terbabit tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” katanya kepada Bernama.
Azam berkata, kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen…