
PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang wanita diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air sebuah inap desa di Jelutong, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Ketua Polis Timur Laut Razlam Ab Hamid berkata, lelaki tempatan itu sedang dikesan setelah polis mendapati telefon bimbit lelaki berkenaan terhubung dengan kamera itu.
Katanya, setakat ini, polis telah merakam keterangan empat individu termasuk pengadu dan pengurus rumah inap desa terbabit bagi membantu siasatan.
“Berdasarkan siasatan dan keterangan yang direkod setakat ini, polis sedang mengesan seorang lelaki dan dia dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian kamera tersembunyi dalam bilik air tersebut.
“Pemeriksaan pihak polis mendapati pautan yang terdapat di kamera itu…
