

Kes klinik haram berulang walaupun selepas serbuan sebelum ini menunjukkan terdapat jurang dalam penguatkuasaan berterusan, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Presiden Dr Thirunavukarasu Rajoo berkata aktiviti penguatkuasaan perlu diperkukuhkan secara strategik, khususnya di kawasan yang mempunyai kepadatan tinggi pekerja migran, memandangkan komuniti rentan sering menjadi sasaran.
“Ini bukan mengenai mana-mana kumpulan tertentu, sebaliknya mengenai melindungi individu yang mungkin diambil kesempatan akibat kekangan seperti kos, bahasa atau kekurangan kesedaran mengenai sistem penjagaan kesihatan.
“Kerjasama tegas antara agensi, pemeriksaan berkala serta hukuman tegas adalah perlu bagi membendung aktiviti berbahaya seperti ini,” katanya, lapor Berita Harian.
Media melaporkan imigresen menyerbu sembilan klinik haram di…