
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan sabitan terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak atas semua tujuh tuduhan terhadapnya adalah selamat.
Keputusan sebulat suara dinyatakan dalam alasan penghakiman dibacakan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengatakan: “Kami tidak berpuas hati bahawa dapatan oleh mahkamah rendah adalah begitu songsang sehingga memerlukan campur tangan mahkamah ini.”
Tengku Maimun merujuk dapatan Mahkamah Tinggi ketika mensabitkan Najib pada 28 Jul 2020, yang disahkan Mahkamah Rayuan, pada 8 Dis tahun lalu.
Katanya, panel lima hakim mahkamah tertinggi itu telah meneliti keseluruhan 94 alasan rayuan dinyatakan dalam petisyen rayuan Najib,…