Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Nabila Razali Dedah Kotak Suara Belum Sembuh

today23 August 2022

Background

Penyanyi Nabila Razali terpaksa menahan selera daripada menikmati makanan pedas bagi menjaga kesihatan kotak suara.

Memetik laporan Utusan, Nabila perlu mematuhi nasihat doktor untuk tidak menyanyi buat sementara waktu supaya kesihatannya dapat pulih sepenuhnya.

β€œSaya belum sepenuhnya pulih. Tetapi, bagi mereka yang kenal, tentu tahu saya ini bukan jenis yang boleh duduk diam. Sesekali, saya akan ambil beberapa tawaran persembahan untuk berlatih menyanyi.

β€œNamun, tidaklah sehingga aktif menyanyi dari satu ke satu acara seperti sebelum ini. Berpantang makanan pun masih saya buat. Saya ini suka makan pedas.

β€œTetapi, apabila sudah jadi begini, kenalah pantang sikit. Dulu, sambal saya β€˜belasah’ makan banyak, 80 biji cili pun boleh lagi.

β€œSekarang memang kena kurangkan. Semuanya demi nak sihat cepat,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu menghampakan peminat yang mahu melihatnya membuat persembahan tetapi dia harus mengutamakan kesihatan terlebih dahulu.

β€œSaya tahu, kesihatan itu lebih penting, tambahan lagi dengan cuaca sekarang yang tidak menentu. Ada kerisauan juga, tetapi hidup harus diteruskan.

β€œSaya pun tidak mahu hampakan peminat yang ingin tengok saya buat persembahan. Tapi, saya tetap berhati-hati dan buat apa yang termampu.

β€œSekarang ini, ramai sudah buat program dan acara hiburan. Boleh jumpa peminat,”katanya.

Selain itu, Nabila sedang dalam proses menghasilkan single baharu untuk mengubati kerinduan peminatnya.

Namun, penjagaan suaranya tetap akan dijaga sehabis baik dan tidak mahu proses itu dilakukan dengan tekanan.

β€œApa pun, saya bersyukur masih boleh buat persembahan dan menyanyi. Inilah kehidupan anak seni, masih kena teruskan bekerja dan hasilkan karya buat peminat,” ujarnya.

Sumber: Utusan

Written by: Aqilah


Previous post