Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kes R*gol Gadis 14 Tahun: Penceramah Disambung Reman 5 Hari Lagi

today29 July 2022

Background

Susulan kes rogol melibatkan remaja berusia 14 tahun pada 19 Julai lalu, penceramah bebas tersebut terpaksa ditahan lima hari lagi bagi membantu siasatan.

Ia selepas Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki itu dari 28 Julai hingga 1 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Setakat ini, enam kertas siasatan sudah dibuka membabitkan tiga negeri iaitu Selangor (4 kertas siasatan), Kuala Lumpur (satu kertas sisatan) dan Perak (satu kertas siasatan).

Sebelum ini, media melaporkan pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian pada 11:15 malam, 16 Julai lalu oleh mangsa rogol.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa telah berkenalan dengan suspek sejak Mei tahun lalu.

β€œBermula daripada perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza.

β€œSetakat ini, empat kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak melibatkan pengadu yang sama.” katanya.

 

Sumber: Berita Harian

Written by: Aqilah