
PETALING JAYA: Bilangan kes jenayah seksual meningkat 2.9% pada 2022 iaitu 3,303 berbanding 3,209 kes tahun sebelumnya dengan rogol menunjukkan peningkatan.
Ketua Perangkawan, Uzir Mahidin, berkata kes rogol mencatat peratusan tertinggi iaitu 9.6%.
“Bagaimanapun, kes seks luar tabii, gangguan seksual dan cabul kehormatan masing-masing menunjukkan penurunan sebanyak 10.4%, 5.7%, dan 0.5%,” katanya dalam kenyataan Statistik Jenayah 2023.
Sementara itu, beliau berkata jenayah indeks dan jenayah komersial masing-masing menurun sebanyak 4.1% dan 3% kepada 50,813 kes dan 30,536 kes pada 2022.
Bagaimanapun, katanya jenayah siber meningkat 44.3% kepada 577 daripada 400 kes dalam tempoh sama.
Menurutnya, jenayah komersial pada 2022 yang dilaporkan polis menurun, kecuali kesalahan berkaitan wang palsu dan jenayah siber.
“Kesalahan tipu merekodkan bilangan…
