Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad sekali lagi menerima kritikan selepas lantang memberikan pandangannya terhadap isu tular membabitkan individu tidak bertanggungjawab mengeksploitasi kanak-kanak.
ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Kata Saya Terpaling Tahu, Terpulang! Kecaman, Makian, Kutukan Saya Terima… Kita Cuma Perlu Otak” – Uyaina Arshad
ARTIKEL BERKAITAN:Tak Kisah Dikutuk ‘Terpaling Tahu’ Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Bertegas Mahu Beri Kesedaran Isu Ped*filia & ‘S*xual Groom*ng’
Menerusi video berdurasi 37 saat yang dikongsikan di platform TikTok, Uyaina kelihatan sedang menikmati makanan sebelum ada individu berani meninggalkan komen ‘kasar’ terhadapnya.
“Makan dulu best-best, esok dekat dalam makan ikan kering dengan teh o je lah,” komen individu berkenaan.
Bagaimanapun, tidak berdiam diri dengan komen balas yang diberikan, ibu anak dua itu akhirnya tampil bersuara sekaligus sempat menitipkan respons padu terhadap individu tersebut.
“Okay ini ilmu baru untuk awak okay. ‘Saman malu’ ni adalah kes defamation. Hukuman dia tak masuk penjara tau. Orang yang berdepan dengan saman ni, kalau bersalah… kena bayar damages atau ‘kerugian’.
“Tapi kalau dia tak salah, orang yangs aman tu yang malu. Ilmu baru buat semua,” balasnya.

Terdahulu, Uyaina menegaskan bahawa dia sama sekali tidak terkesan dengan kecaman yang diterimanya termasuklah tidak pernah berniat untuk menjatuhkan hukum terhadap mana-mana individu susulan isu kontroversi terbabit.