Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kes Tuntutan Faraid Selesai, Isteri Arwah Abam Berpuas Hati Dengan Keputusan Mahkamah

today10 September 2020

Background

Kontroversi antara pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah mengenai isu saman-menyaman yang melibatkan kedua-dua pihak akhirnya telah pun selesai.

Terkini, isteri kepada Allahyarham Abam, Siti Norhidayah Mohd Ali ditemui setelah selesai prosiding awal pagi 10 September di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam berhubung tuntutan faraid dan hadanah (hak penjagaan anak).

Apabila ditanya mengenai keputusan mahkamah terhadap prosiding berhubung tuntutan faraid, Hidayah mengatakan dia berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak yang membabitkan rumah, kereta dan barang peribadi milik arwah.

“Alhamdulillah dah selesai urusan faraid. Pihak sana (mak mentua) pun akan dapat bahagian mengikut hukum. Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah.”

Allah Susunkan Jalan Cerita Yang Terbaik Untukmu ..." - Ruangan Komen Isteri Abam Bocey Dipenuhi Kata Semangat | Artikel | Gempak
Mengulas lanjut, apabila ditanya mengenai jumlah peninggalan yang ditinggalkan arwah, Hidayah lebih selesa untuk menyimpan sendiri tanpa pengetahuan umum.

“Mengenai soal berapa banyak duit peninggalan arwah, saya tak boleh kongsikan. Ia terlalu peribadi.

“Namun, apa sahaja yang ditinggalkan arwah adalah termasuk rumah, kereta, semua duit dan barang peribadi iaitu kereta, jam tangan, kasut dan kamera.

https://www.instagram.com/p/CEtGjIrjX8b/

Hidayah turut memberitahu bahawa pihak keluarga (Ali Puteh) tidak menghadirkan diri dan mahkamah turut menetapkan tarikh baru pada Oktober depan berhubung tuntutan hadanah berikutan kegagalan pihak mak mentuanya, Sabariah Arshad untuk hadir ke mahkamah.

“Walaupun pihak sana tak hadir tetapi tidak mengganggu proses mahkamah sebab sudah ditetapkan bahagian.

Sebelum ini, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mengaku mengeluarkan saman terhadap Hidayah selepas kakak iparnya itu mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.

Hidayah turut meminta doa orang ramai buat diri dan anaknya.

“Selepas ini, doakan saja yang terbaik buat saya dan anak,” katanya.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *