
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mencampuri keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang dana Yayasan Akalbudi.
“Ini keputusan peguam negara, saya tidak campur,” kata perdana menteri menurut Bernama.
Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mahu Anwar mengambil tanggungjawab sepenuhnya selepas mahkamah melepas tanpa membebaskan presiden Umno itu.
Dalam kenyataan malam tadi, Jabatan Peguam Negara menjelaskan permohonannya untuk melepas tanpa membebaskan Zahid dibuat berdasarkan alasan dikemukakan dan diterima mahkamah.
Jabatan itu memaklumkan Hakim Collin Lawrence Sequerah, yang membuat keputusan berkenaan sudah menyatakan alasan dikemuka pihak pendakwaan adalah kukuh.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur…