Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kesesakan di Lebuhraya KL-Karak dijangka hingga malam esok

today5 April 2025

Background


Keadaan trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari arah Lanchang ke Lentang masih tinggi dan pergerakan kenderaan juga perlahan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kesesakan aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dijangka berterusan hingga malam esok selepas cuti panjang Hari Raya Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, setakat ini keadaan trafik di lebuh raya itu dari arah Lanchang ke Lentang masih tinggi dan pergerakan kenderaan juga perlahan.

“Pergerakan di Lebuhraya KLK masih sama dengan trafik tinggi dan padat, namun trafik menghala ke Tol Gombak untuk ke ibu kota lancar dan terkawal,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Jurucakap itu turut memaklumkan, buat masa ini pergerakan trafik dari arah utara menuju ke ibu kota juga tinggi namun lancar.

“Secara keseluruhannya dari arah utara, trafik tinggi tetapi tidak sesak termasuklah di Pendang ke Sungai Petani, Permatang Pauh ke Perai, Gopeng ke Tapah dan Tanjung Malim ke Sungai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post