
KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dilaporkan semakin baik.
Pembantu beliau, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin, berkata Mahathir berada di bawah pemantauan doktor selepas dimasukkan ke IJN pada petang Selasa lepas kerana mengalami jangkitan saluran pernafasan yang lebih rendah.
“Alhamdulillah, keadaan Tun semakin baik namun masih perlu dipantau,” katanya ringkas.
Semalam, Bernama melaporkan perbicaraan kes saman Mahathir terhadap Presiden Umno Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi ditangguh kepada 29 Okt ini selepas beliau dimasukkan ke IJN.
Peguamnya, Mior Nor Haidir Suhaimi, memaklumkan mahkamah bahawa Mahathir diberi sijil cuti sakit hingga 25 Okt dan memohon agar tarikh perbicaraan semalam serta hari ini dilapangkan.
Pesuruhjaya Kehakiman…