Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

Ketuai Bacaan Talbiyah, Anak Ajak Shiro Buat Netizen Sebak

today27 March 2019

Background

Seperti yang diketahui umum, pelawak dan pelakon Ajak Shiro sekeluarga kini sedang menunaikan ibadah umrah sejak beberapa hari lalu bersama dengan isteri dan anak-anaknya, serta kumpulan jemaah yang lain.
Sepanjang berada disana, Ajak kerap berkongsi kenangan mereka sekeluarga di Tanah Suci itu kepada pengikutnya menerusi laman Instagram miliknya, termasuklah video anak lelakinya yang berpeluang bersolat di Raudhah.
https://www.instagram.com/p/BvY8lgFnaGg/
Terbaru, Ajak turut memuat naik satu video yang memaparkan anak bujangnya iaitu Had Thaqif sewaktu berada dalam sebuah bas.
https://www.instagram.com/p/BvexXBNF01m/
Menariknya kali ini, anaknya itu sendiri yang mengetuai bacaan Talbiyah sambil diikuti oleh jemaah lain.
Jelas sekali keberanian anak bujang Ajak telah menarik perhatian ramai apabila rata-rata netizen turut berasa sayu mendengarnya.

  • @acheykintangkintung: Pastinya doa yang baik untuk kamu sekeluarga nak… bila tgk video ni uncle yakin perut mak2 lain pun terasa sejuknya… bertuahnya mak ayah kamu nak… moga segala kebaikan di bawa sampai menjelang dewasa nanti… aminnnnn.
  • @ruhaidasonin: sebaknya ya allah..
  • @madiena_cotton: sayu rs hati ni…moga sgalanye dpermudahkn…smoga mnjadi ank yg soleh & bjaya dunia akhirat
  • @deen_hotfm: terbaek had! alhamdulillah

Semoga segala doa yang dipohon termakbul dan segala urusan disana dipermudahkan buat Ajak dan keluarga.

Written by: Azra Azuar


Previous post