Menerusi perkongsian laman The Islamic Information, beliau yang menetap di Itali sejak umur satu tahun dihantar ibu bapanya bagi mendalami agama pada usia 14 tahun di Dakar, Senegal dan seterusnya menghafal kitab suci tersebut.
Perkongsian yang dibuat tersebut sekadar memaklumkan kepada ramai kepercayaan beliau yang sekaligus menjadi ikon buat anak muda Islam seluruh dunia.
Beliau juga dilihat aktif dan tidak kekok dalam berkongsi kesengsaraan yang terpaksa dilalui rakyat Palestin berikutan kekejaman Zionis.
Berkongsi kisah keterlibatan diri dalam dunia TikTok, dia memberitahu dia bermula ketika musim pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
Ketika itu dia berdepan saat mencemaskan apabila kehilangan pekerjaan, dan banyak menghabiskan masa selama berjam-jam setiap hari dengan memuatkan video dalam TikTok.