Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Khai Bahar Bakal Keluar Album Studio Sulung!

today25 June 2019

Background

Penyanyi yang popular dengan lagu Luluh Khai Bahar bakal muncul dengan album studio sulung yang memuatkan 11 buah lagu tidak lama lagi.

Menurut penyanyi kelahiran Perlis ini, lima daripada 11 lagu berkenaan adalah karya baru yang dilancarkan pada tahun ini, manakala selebihnya adalah lagu lama nyanyiannya.

“Alhamdulillah, buat masa sekarang, lima lagu baharu sudah pun berada dalam platform penstriman muzik seperti iTunes, Spotify dan lain-lain,” katanya.

Khai juga meluahkan rasa teruja dan tidak percaya dia kini mempunyai album sendiri selepas tiga tahun berkecimpung dalam dunia seni.

“Rasa teruja akhirnya memiliki album studio penuh sendiri. Bila fikir semula, macam tidak percaya kerana saya bermula melalui aplikasi Smule lebih tiga tahun dahulu. Sekarang, saya sudah punya album sendiri,” ujarnya lagi.

Untuk pengetahuan, Khai turut terlibat dalam urusan penciptaan lagu untuk tiga buah lagu di dalam albumnya dan jika diberi peluang,  dia berhasrat mencipta lagu untuk penyanyi lain pula suatu hari nanti.

Lima lagu baru yang akan dimuatkan dalam album tersebut ialah Dia, Keranamu, Menyesal, Penantian dan Air Mata.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *