Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Khairul Aming & Sofyank Dipuji Hasilkan Videografik Terangkan Apa Berlaku Di Bumi Palestin

today24 May 2024

Background


Menerusi video yang dimuat naik, Khairul Aming memberitahu ini adalah kolaborasi pertama di antara dia dan Sofyank.

Mereka membuat video untuk menerangkan apa yang sebenarnya berlaku di Palestin dan bagaimana keadaan yang dihadapi. Malah, ia turut menjelaskan peperangan ini bukan hanya sekadar konflik semata-mata.

“My first collab dengan Sofyank dan kami nak hasilkan video infografik untuk terangkan apa yang berlaku di Palestin adalah satu genocide dan bukan konflik atau perang semata-mata.

“Paling penting kami nak cerita situasi kritikal di Rafah dan Jabalia,” tulisnya.

Dia juga menambah agar videografik yang dihasilkan itu dapat membantu masyarakat di luar sana untuk lebih memahami dan sedar tentang apa yang sedang berlaku.

Video penerangan itu ternyata mendapat pujian ramai yang bangga akan usaha dilakukan oleh dua orang anak muda itu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post