
PETALING JAYA: Naib Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong dipilih sebulat suara untuk mengetuai kepimpinan parti negeri itu berikutan peletakan jawatan Tey Kok Kiew pada Khamis.
Khoo, yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka memberitahu FMT, keputusan melantiknya sebagai pengerusi DAP Melaka dibuat pada mesyuarat yang dihadiri 15 daripada 20 ahli jawatankuasa negeri itu malam tadi.
“Saya anggap pelantikan ini sebagai pengerusi interim, sebab pemilihan kepimpinan parti negeri akan diadakan pada akhir tahun ini.
“Saya akan cuba sedaya upaya untuk memastikan kestabilan parti dan juga kerajaan perpaduan negeri Melaka,” katanya, sambil mengucapkan terima kasih kepada Tey atas khidmatnya selama dua penggal.
Khoo, 54, sebelum ini menjadi Adun Ayer Keroh dari 2008 hingga 2018, dan Ahli Parlimen Kota Melaka sejak 2018.
Tey mula-mula menerajui…