Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kini Dalam Proses Sembuh, Dahlia Rizal Dedah Masih Terluka Sikap Orang Tersayang Sewaktu Hamil

today4 July 2025

Background

Personaliti media sosial dan model jelita, Dahlia Rizal mencuri tumpuan selepas berkongsi luahan hatinya yang kini sedang dalam fasa ‘healing’ terhadap rasa sakit yang dilakukan oleh orang-orang tersayang.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok miliknya, Dahlia yang juga isteri kepada pelakon, Imran Aqil memuat naik sebuah video memaparkan dirinya sedang menunggang kuda.

Bagaimanapun, kapsyen ibu anak satu ini berkata dia sukar untuk melupakan apa yang telah berlaku saat berbadan dua.

“Slowly accepting and healing from the hurt and pain caused by your loved ones during pregnancy. It’s something people don’t really talk enough,” tulisnya dalam video tersebut.

“They think you will forget about it but it is not that easy,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen terutamanya para ibu memahami perasaan yang dilalui oleh Dahlia sekali gus menitipkan semangat kepadanya.

@indomie.d

They think u’ll forget about it but its not that easy

♬ Usik – Feby Putri

Written by: Aqilah


Previous post