Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kisah Gadis Bipolar, Cindai Temui Penonton

today23 December 2019

Background

Yesss! Akhirnya drama yang ditunggu-tunggu, Cindai bakal menemui penonton di TV3 malam ini.

Drama terbitan JS Pictures itu menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Catriona Brian Ross, Niezam Zaidi, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad dan Fatin Afeefa.

 

Bagi yang meminati barisan pelakon ini jangan lepaskan peluang anda untuk mengikuti jalan cerita 15 episod drama Cindai yang akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda.

Sebelum itu, jom baca sinopsis drama Cindai.

Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Cindai (Ayda Jebat) yang menjadi gelandangan di kota raya. Dia juga menghidapi bipolar iaitu penyakit mental yang menyebabkan terjadinya perubahan mood yang ekstrem. Walaupun begitu, Amir sentiasa bersama Cindai.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *