

Bekas menteri Khairy Jamaluddin menyatakan hasrat untuk kembali ke pangkuan Umno selepas Presiden Umno Zahid Hamidi hari ini berkata parti itu membuka pintu seluas-luasnya kepada bekas ahli yang dipecat atau digantung.
Dalam reaksi terhadap pengumuman itu, bekas ketua Pemuda Umno tersebut berkata beliau sudah lama sebut ingin kembali kepada Umno.
“Saya lihat ini sebagai satu perkembangan yang positif dan satu peluang yang murni bagi saya secara peribadi,” kata bekas Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal itu.
“Jadi saya bolehlah mula draft surat itu (mohon menyertai Umno),” kata Khairy dalam sedutan audio siar Keluar Sekejap.
Terdahulu hari ini, Zahid berkata jemputan parti kepada ahli yang pernah dipecat atau digantung untuk menyertai semula Umno demi membuka lembaran baharu untuk memperkukuh kembali keluarga besar Umno.
Khairy, bekas…