Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Kolaborasi Ariana Grande Dan Jungkook BTS Buat Peminat Excited!

today24 September 2020

Background

Baru-baru ini, peminat dua bintang ternama Arianators dan ARMY bikin kecoh kerana tidak sabar dengan hint yang menjadi tanya ditinggalkan oleh Ariana Grande dan Jungkook BTS.

Kedua fandom terbesar ini berpendapat di laman media sosial bahawa kemungkinan akan ada kolaborasi di antara mereka kerana Ariana Grande telah memuat naik satu rakaman β€œlagu terbaru” di Instagram dan juga Jungkook BTS memuat naik video di channel Youtube BANGTANTV membuat rakaman lagu di studio.

 

View this post on Instagram

 

brb

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande) on

Setelah mendengar dengan jelas coretan dan juga sedikit melodi yang dikongsi oleh kedua bintang tersebut, kedua fandom Arianators dan ARMY berpendapat melodi dan suara vokal daripada kedua-duaΒ posting itu sangat mirip sehingga membuatkan mereka kecoh dan tidak senang duduk di media sosial.

Sumber gambar: hello weverse

Sebelum ini, Ariana Grande dan BTS sering menunjukkan semangat dan harapan mereka untuk dapat bekerjasama menjayakan sebuah lagu.

Bukan setakat itu, malah kedua pihak di antara mereka juga saling menyokong muzik masing-masing.

Sumber gambar: hello weverse

Jika kolaborasi yang diandaikan ini benar-benar berlaku, ramai yang berpendapat bahawa ia sama ada untuk mixtape Jungkook atau album BTS yang seterusnya.

Written by: Zulaikha Zaherman

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *