Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Komen Netizen Fitnah Dajal – Ibu Aliff Aziz

today16 August 2024

Background

Ibu penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafizah Sheikh Mohamad berang selepas seorang pengguna media sosial dilihat memberikan tuduhan fitnah terhadapnya.

Menerusi hantaran terkini di Instagram Stories, Hafizah berkongsi tangkap layar skrin yang dibuat individu wanita berkenaan.

Menurut individu tersebut menerusi hantaran di platform TikTok, Hafizah mengeluarkan kenyataan berbunyi ‘Bella harus menyerahkan salah satu anaknya kepada Aliff supaya adil’.

Kurang senang dengan hantaran berkenaan, Hafiza tampil memberikan respons dan menganggap posting tersebut sebagai fitnah dajal.

Malah, dia menegaskan pihaknya juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut sekiranya tidak memadam hantaran yang dibuat.

“To this person who posted this ‘fitnah dajal’ agains me put this down or pihak kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap awak,” katanya.

Dalam posting berlainan pula, Hafiza meminta orang ramai yang mengenali individu berkenaan supaya memaklumkan kepadanya bahawa pihaknya ingin mendapatkan penjelasan lanjut berhubung hantaran yang dibuat.

“Inilah orangnya ya. Siapa yang dapat contact dia tolong beritahu dia bahawa kami akan ambil tindakan undang-undang terhadap dia.

“Jika dia ingin berbicara dengan saya silakan kerana saya ingin tahu dari mana dia mendapat info fitnah ini,” jelasnya.

Terdahulu, menerusi platform sama, Hafiza menitipkan pesanan kepada anak-anaknya bahawa setiap perkara yang dijauhkan dari mereka tidak perlu dikejar melainkan Allah SWT akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Written by: Salma