PETALING JAYA: Masyarakat Palestin yang berada di negara ini resah memikirkan nasib orang tersayang di Gaza, dalam pada konflik antara Israel dan Hamas masuk minggu kedua.
Ramai yang risau kerana tidak mengetahui di mana ahli keluarga mereka berada, namun tetap berharap mereka dalam keadaan selamat.
Sekatan bekalan elektrik, kemasukan makanan dan bahan api di Gaza menyebabkan penduduknya tidak dapat berhubung dengan ahli keluarga di luar negara.
Wassim Alajrami, 26, pekerja kolar putih di Malaysia berkata, datuk dan neneknya terpaksa berpindah tiga kali selepas rumah mereka dibedil.
“Kali terakhir saya menghubungi mereka pada Jumaat. Sukar untuk menjejak di mana mereka berada, atau mengetahui sama ada mereka sihat atau tidak, kerana menara…